Image Banner

MOU RAKAN KORPORAT MAWARITH & IFTAR

5 April 2024 Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Mawarith telah diadakan antara Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) dan Maahad Tahfiz Az Zahrah (MTAZ). Majlis yang diadakan pada petang Jumaat, 26 Ramadhan ini telah dihadiri oleh wakil daripada kedua-dua pihak, para guru serta ibu bapa pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Az Zahrah. Setelah sesi penandatangan berakhir, 

woman in black ustaz ashri  serah

 

LAGI

IHYA RAMADHAN 1445H

Pada 2 hingga 4 April 2024, sebuah kem bersempena Program Ihya' Ramadhan telah diadakan dengan jayanya di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Program iktikaf selama 3 hari 2 malam itu telah mendapat sambutan yang sangat baik dari pihak masjid, para jemaah dan penduduk setempat. Program ini telah melibatkan semua guru Maahad Tahfiz Az Zahrah bersama para pelajar seramai 77 orang.

Melalui program ini, para guru telah menerapkan pelbagai ilmu secara teori dan praktikal. Mereka lebih memahami kelebihan ibadah-badah di bulan puasa, merasai proses tarbiyyah serta menghayati konsep hidup bermasyarakat. Disamping mengekalkan jadual harian pengajian Al-quran dan ibadah khusus bulan Ramadhan, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menarik juga didakan di masjid berkenaan. Antaranya ialah Musabaqah Al-quran, explorace, dakwah santai bersama para jemaah dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kerjasama menjayakan program ini.

 LDK khatam majlis penutup 

 tasmik quran berbuka puasa rina

LAGI

MUKHAYYAM TARBAWI

Mukhayyam tarbawi 

Tarikh : 28 hingga 30 September 2022 

Tempat : Tapak perkhemahan MTAZ

Objektif : Membina jati diri pelajar supaya menjadi seorang yang berani dan sentiasa berkeyakinan

LAGI

PELAJAR SPM

28/3/2022 (Isnin)

Last paper SPM 

Bahasa Arab 1

Mohon doakan mereka dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan pada hari ini. 

LAGI

MAKLUMAN

Asslamualakium wbt,

 

Pihak kami memaklumkan bahawa nombor pejabat 03-90212973 (nombor lama) telah ditukarkan kepada 03-90252898 (nombor baru).

Sebarang urusan atau pertanyaan mengenai MTAZ tuan/puan boleh menghubungi nombor tersebut.

 

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan.

 

Terima kasih.

LAGI

MENGAJI AL-QURAN ONLINE (ONE TO ONE)

Jom Baca dan Hafaz Al-Quran !

  • Asas (IQRA')
  • Talaqqi Al-Quran
  • Tajwid
  • Tahfiz

 

  • Belajar IQRA' Personal, One to One Bersama Guru (Bermula daripada mengenal huruf Alif Ba Ta)
  • Kelas Tahfiz Online Terbuka dan Tajwid

 

  1.  Terbuka kepada remaja dan dewasa
  2. Mengaji online secara personal bersama guru
  3. Lebih fokus dan selesa tanpa rasa malu dengan belajar secara personal
  4. Masa yang fleksibel (10 minit satu sesi)Bebas untuk belajar online di mana sahaja anda berada
  5. Kelas pda hari isnin hingga khamis (8.30 pagi hingga 12.30 tegahari)

 

JOM MENGAJI ONLINE SLOW-SLOW SAMPAI BOLEH MEMBACA DAN HAFAZ AL-QURAN DENGAN LANCAR!

 

Maklumat lanjut boleh layari facebook MTAZ : Mtaz Az Zahrah

LAGI

TAZKIRAH SIRI 14 OLEH USTAZ ASHRI BIN LATEH

Tajuk : Tadabbur Surah Luqman
Oleh : Ustaz Ashri Bin Lateh
Siri akhir tadabbur surah Luqman.. Inilah yg termampu teman persembahkan, untuk kupasan yg lebih mendalam rujuklah kpd yg lbh pakar.. Teman mengambil tazkirah secara mendatar shj.. Semoga bermanfaat dan menjadi peringatan buat semua yg menonton.. Semoga PKP fasa 3 membawa hikmah manfaat yg lebih menyeluruh dunia dan akhirat..
selamat bertadabbur dan mohon dimaafin segala yg terlanjur..
#TADABBURLUQMANAKHIR
#HIKMAHPKP

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan